Entry semalam bell bagitau tentang psikologi warna dalam kehidupan op. Hari ni bell nak kongsi tentang fungsi-fungsi warna dalam
berpakaian.
MERAH
Panas, berbahaya, marah, bertenaga, ghairah, sentimental,
agresif dan bersemangat.
Pakaian warna ni biasanya sesuai kita pakai bila kita ingin menampilkan
diri dalam sesuatu masa atau tempat. Warna ni sesuai kalau nak pergi majlis
atau tempat supaya kita dapat dikenali dengan mudah. BUT PLEASE ! Jangan pakai
time kita dalam keadaan murung atau penat. Sebabnya ia warna ni memberikan
kesan negative dalam perhubungan.
PINK
Feminine, mudah didekati, sentimental, mudah tersinggung dan
lemah lembut.
Pink adalah warna perempuan dan lebih sesuai dipakai oleh
perempuan. Namun tak semestinya lelaki tidak boleh memakai warna ini.
Seelok-eloknya lelaki yang berkulit cerah dan berperwatakan menarik yang
memakai warna ini kerana ia memberi imej yang positif kepada gadis yang
melihatnya.
KUNING
Cerah, gembira, ceria, mesra, aman, pengecut dan licik.
Warna ini biasanya dikenakan oleh orang yang ingin tampil
imej ceria, gembira dan jenaka dalam perhubungan sosial. Orang yang mengenakan
warna ini biasanya dilihat sebagai orang yang kreatif, optimis dan berani
mencuba.
BIRU MUDA @ BIRU LAUT
Tenang, aman, menyegarkan, tenteram, sentosa, jujur, formal,
bertenaga, estim tinggi, sedih dan kecewa.
Pakaian warna ini sesuai dikenakan oleh setiap peringkat
umur. Bagi perempuan yang berkulit cerah, warna biru padan bagi membangkitkan
seri wajah dan tubuh bila digandingkan dengan warna sampingan lain yang sesuai.
Bagi lelaki pula, warna biru adalah warna kematangan. Orang yang mengenakan
pakaian berwarna biru dilihat lebih tampan dan mesra.
BIRU TUA
Bangga, kuasa, kekayaan, logik, neutral, estim tinggi,
status tinggi, teratur dan bijaksana.
Biru tua sesuai untuk setiap warna kulit. Warna jenis ini
dapat memnberikan persepsi baik kepada mata yang melihat. Pakaian berwarna biru
adalah yang paling sesuai pada setiap tempat dan keadaan.
KELABU
Neutral, sederhana, hormat, seni , teliti, tua, sedih dan
suram.
Pakaian warna ini adalah paling sukar disesuaikan kerana ia
memberikan mesej yang terlalu kontras. Individu yang hendak mengenakan pakaian
berwarna ini perlu peka dengan corak, rekaan dan kecerahan warna. Pemilihan
corak dan rekaan yang sesuai memberikan imej yang positif. Tetapi jika
sebaliknya, maka ia akan memberikan imej sedih, suram dan tidak bersemangat.
OREN
Hidup, ceria, gembira, mesra, bersemangat, prihatin dan
tidak berdisiplin.
Oren adalah warna keceriaan. Warna ini sesuai untuk setiap
jenis warna kulit. Ia mengambarkan si pemakai sebagai orang yang mudah mesra
dan prihatin. Tidak kira lelaki atau perempuan, elakkan daripada mengenakan
warna ini dari kepala sehingga kaki. Bila pakai warna ni, seimbangkan dengan
warna yang bersifat lembut.
HIJAU
Ketenangan, kesegaran, mesra, seimbang, cemburu dan
ketidakmatangan.
Warna hijau yang lembut macam hijau pucuk pisang sesuai
dipakai oleh semua orang tidak kira warna kulit especially lelaki. Orang yang
memakai warna hijau lembut dapat memberi mesej tidak formal dan mesra. Namun, kesan
yang berbeza bagi warna hijau terang ataupun hijau gelap. Orang yang memakainya
kadangkala dilihat sebagai individu yang malas dan membosankan.
UNGU
Kaya, dominan, dramatik, misteri, bijaksana, bersemangat dan
berkuasa
Warna ungu yang sederhana dan gelap lebih sesuai bagi
permepuan tanpa memadankannya dengan biru gelap ataupun kelabu. Manakala bagi
lelaki, warna ungu kurang sesuai dijadikan warna pakaian kecuali dalam kuantiti
yang sedikit. Warna ungu yang gelap ataupun cerah lebih efektif bila digandingkan
sebagai tali leher bagi baju yang berwarna putih.
COKLAT
Kemahuan tinggi, produktif, beriman, sedih, mengambil berat,
tidak canggih dan kelam.
Warna coklat sama ada coklat muda araupun gelap lebih sesuai
bagi aksesori tambahan. Walau bagaimanapun, kita boleh memakai pakaian berwarna
coklat bila ia adalah coklat lembut. Elakkan daripada memilih pakaian yang
berwarna coklat dari kepala sehingga kaki. Pastikan penggunaan warna coklat
adalah minimum bagi penampilan professional.
HITAM
Kuat, berkuasa, bijaksana, ketinggian halus, moden, misteri,
tragik, serius, sedih, tua, jahat dan suram.
Warna hitam sesuai bagi pakaian formal. Elakkan memakai
pakaian yang berwarna hitam dari kepala sehingga kaki kerana ia memberikan imej
buruk kepada si pemakai. Bagi lelaki, warna hitam cukup sesuai bagi seluar, kot
dan blazer terutamanya dalam perhubungan professional. Bagi perempuan pula,
pakaian berwarna hitam sesuai dikenakan bila kita ingin menampilkan
kekuasaannya.
PUTIH & KRIM
Muda, jujur, setia, suci, aman, bersih, teliti dan prihatin.
Pakaian warna putih dank rim sesuai digandingkan dengan
warna lain. Ia akan memberikan imej neutral dan baik kepada mereka yang
melihat. Namun, elakkan memakai warna putih yang kosong dalm perhubungan yang
bersifat professional. Warna krim lebih sesuai kerana ia dapat mengurut mata
dan emosi mereka yang memandang.
Thinker_Bel : “Personaliti yang baik bermakna bila ia
mampu menjadi alat bantu bagi memudahkan jalinan perhubungan sosial dengan
orang lain.”
No comments:
Post a Comment