How To Win Friends And Win Others tulisan Dale
Carnegie adalah buku yang terkenal dalam memberikan langkah-langkah yang tepat
bagi menjalinkan perhubungan sosial yang baik.
1.
Bina rasa minat yang
tulen bagi mengenali orang lain
Bagaimana cara nak bina rasa minat tu ?
jawapannya bergantung pada diri kita sendiri. Jika kita faham sebab utama kita
perlu memiliki kecantikan dan ketampanan sosial, maka kita akan faham bagaimana
nak bina minat kepda orang lain.
2.
Senyum
Pernah tak kita melihat wajah kita di
hadapan cermin dan rasa wajah kita tak secantik dan setampan yang kita
bayangkan ? sekarang cuba try senyum. Macammana ? membantu tak mencantikkan
wajah kita ?
Bayangkan kita sedang duduk dalam sebuah
majlis apabila seorang lelaki menghampiri kita sambil tersenyum. Bayangkan pula
dia menghampiri kita dengan wajah selamba tanpa tersenyum. Beza kan ?
Senyuman adalah modal yang murah bagi
mengenali orang lain. Senyuman juga mudah menarik orang supaya berkenalan
dengan kita. Gunakanlah senyuman yang bersesuaian setiap kali kita bertemu
dengan sesiapa sahaja. Hiasilah wajah kita dengan senyuman kerana senyuman itu
satu sedekah.
3.
Dendangkan muzik
yang merdu
Apakah muzik yang paling merdu bagi semua
orang di dunia ini ? Ya, jawapannya adalah nama kita sendiri. Memanggil orang
dengan nama mereka sendiri adalah faktor yang membantu dalam memancarkan
kecantikan dan ketampanan sosial kita. Ia ibarat kita mendendangkan mereka
dengan muzik yang merdu sepanjang hidup mereka.
Bayangkan betapa gembiranya individu yang
sudah lama tidak kita temui dan bila kita panggil mereka dengan nama mereka
sendiri. Apatah lagi sekiranya mereka sudah lupa nama kita, sedangkan kita
masih lagi mengingati nama mereka. Mereka pasti melihat kita seorang yang
memiliki kacantikan dan ketampanan sosial.
Mengapa ? kerana kita mengingati muzik yang
merdu bagi mereka.
4.
Jadilah pendengar
yang baik
Mendengar adalah perkara mudah yang sukar
dilakukan. Ini kerana ramai orang cenderung bercakap mengenai diri mereka
sendiri berbanding mendengar orang lain bercakap mengenai diri mereka.
Mendengar secara efektif hanya berlaku
apabila ia disertai dengan rasa empati. Ia juga menjadi lebih menarik apabila
orang yang mendengar dapat menggalakkan orang yang berbicara supaya bercakap
mengenai diri mereka. Secara tidak langsung proses mendengar itu memberikan
gambaran kepada orang yang sedang berbicara yang kita benar-benar menghargai
apa sahaja yang ada pada dirinya.
5.
Bercakap mengikut
minat orang lain
Semua orang yang ingin memiliki kecantikan
dan ketampanan sosial perlu sedar yang kita perlu melayan orang lain mengikut
minat orang itu sendiri dan bercakap mengikut minat mereka juga. Sekiranya kita
dapat melakukannya kita lebih berjaya dalm perhubungan.
6.
Buatkan orang lain
rasa dirinya penting
Apabila kita mampu membuatkan orang lain
berasa dirinya penting, maka kita mudah menawan hati mereka.
Secara logiknya individu yang memiliki
kecantikan dan ketampanan sosial perlu menunjukkan kepada orang lain betapa
pentingnya diri mereka. Tetapi jika sebaliknya, jadikanlah orang yang berbual
dengan kita berasa yang dia penting kepada kita. Dengan itu dia akan suka dan
rasa kagum kepada kita.
No comments:
Post a Comment