Tuesday, 16 December 2014

CANTIK ? TAMPAN ? PERLU KE ?


Cantik ? Apa itu cantik ?

 Cantik mengikut kamus dewan ialah sesuatu yang menarik apabila dipandang.

Cantik boleh didefinisikan sebagai kualiti yang mampu mewujudkan rasa kagum kepada orang yang melihatnya serta-merta.

Kekaguman itu pula wujud dengan sendirinya tanpa mengira objek ataupun idea yang dikaitkan dengannya.

Cantik juga ialah fenomena apabila seseorang merasai pengalaman kesenangan melalui persepsi yang melibatkan bentuk dan struktur seimbang yang mendatangkan tarikan pada individu, haiwan, benda bukan hidup, tempat, idea dan sebagainya.

Cantik adalah subjektif untuk dikaitkan dengan unsur ataupun kualiti. Pengertian cantik bagi manusia kekal subjektif bergantung pada persepsi individu mengikut masa, tempat dan budaya.

Kebiasaannya kita menganggap kecantikan manusia bersifat fizikal. Lantaran itu, orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal dianggap bertuah dan dipandang tinggi. Sejak dari dahulu lagi pandangan seumpama ini bertapak kukuh dalam minda masyarakat dunia. Namun percayalah, hari ini idea mengenai kecantikan dan ketampanan yang hanya bersandarkan kepada faktor fizikal tidak lagi menjadi sandaran utama. Paradigma masyarakat sudah berubah. Kecantikan dan ketampanan fizikal bukan lagi sandaran utama bagi menilai cantik ataupun tampan individu.
Cantik ataupun tampan mengikut penilaian sosial tak lagi bersandarkan frasa ‘Beauty lies in the eye of the beholder.’

Dalam erti kata lain, cantik daripada segi sosial bukan sahaja dinilai oleh mata sebaliknya ia juga dinilai oleh hati. Individu yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal mungkin dapat memukau mata tetapi belum tentu dapat memukau hati.

Apa yang dapat kita perhatikan, individu yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal semata-mata tidak semestinya berjaya. Berbeza dengan mereka yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial, mereka lebih dihargai.

Individu yang mempunyai kebijaksanaan emosi, kemahiran berbual, kemahiran bersosial dan kecantikan dalaman lebih mudah didampingi dan diterima masyarakat berbanding mereka yang sekadar cantik dan tampan fizikal sahaja.


Thinker_Bell : individu yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal mungkin dapat memukau mata, tetapi belum tentu dapat memukau hati.


No comments:

Post a Comment