“Eh, macam kenal..”
“Eh, macam pernah jumpa..”
“Eh, macam pernah datang sini..”
“Eh, macam pernah alami situasi ni..”
‘Tapi kat mana ya ?’
Pernah tak terdetik dalam hati ??
Pernah dengar perkataan DEJAVU ? kata pakcik Wiki, dejavu
asalnya daripada perkataan Perancis yang bermaksud harfiah (already seen) iaitu
fenomena bila mana sesuatu situasi atau pengalaman yang dialami sekarang pernah
dialami dahulu sama ada situasi itu sebenarnya berlaku atau tidak.
Menurut Syeikh Hisham Kabbani, seorang sufi Islam, dejavu
terjadi kerana jasad fizikal kita mempunyai hubungan yang sangat erat dengan
spiritual yang sudah tertulis di luh mahfuz.
Pendapat Prof. Ahmad Syauqi menyatakan ketika kita sedang
tidur roh kita akan keluar daripada tubuh dan menuju ke alam roh tidak kira
masa silam ataupun masa hadapan tetapi masih berhubungan dengan tubuh badan
kita.
Saat roh kembali ke dalam tubuh, pengalaman yang dialami
oleh roh pada masa silam atau masa hadapan secara tidak langsung akan tersimpan
di dalam minda. Pengalaman tersebut kadang-kadang akan berulang dalam dunia
nyata dan mempengaruhi minda sedar.
Tidak mustahil juga dejavu terjadi kerana Allah telah
menceritakan imbasan perjalanan hidup kita di alam rahim. Tetapi apa yang kita
ingati mungkin cuma sedikit sahaja daripada yang disampaikan oleh Allah kepada
roh kita.
Seorang ustaz pernah menceritakan sebelum kita hidup roh
memang sudah ada dan berkumpul di satu tempat iaitu alam roh. Mungkin di alam
roh kita pernah berkomunikasi dengan roh-roh yang lain, oleh itu wajarlah jika
kita secara tiba-tiba merasakan bahawa kita pernah berjumpa seseorang sebelum
ini tetapi tidak tahu bila dan di mana.
Thinker_Bel : Dejavu is the mind's way of letting you know that you are in the right place at the right time.
No comments:
Post a Comment