Cinta…. datangnya tak dijemput perginya tak diduga. Bagi
kebanyakkan orang cinta itu datangnya dari hati atau perasaan yang sukar
diungkapkan dengan lisan. Mulut boleh berkata sayang tapi hati mengatakan
benci. Ada juga yang mulut berkata benci tapi hati menyatakan sayang. Cinta itu
fitrah yang telah diberikan Allah s.w.t kepada manusia. Sebagai manusia kita
tidak boleh menolak cinta tapi haruslah di luahkan dengan mengikut syarak Islam
yang betul. Cinta itu indah jika disalurkan dengan kaedah yang betul. Namun akan menjadi derita bila tersalah langkah. Kata orang dari mata turun ke hati. Dari situ terbit satu perasaan
yang ditiup oleh Allah s.w.t di hati manusia untuk menyukai, menyayangi dan
mencintai.
Tidak semua orang tahu membezakan antara suka, sayang dan
cinta. Sebagai contoh, kita melihat satu kuntum bunga ros yang mekar cantik dan
kita terus memetik bunga tersebut. Itu adalah kerana kita sukakan bunga itu.
Tetapi jika kita sayangkan bunga tersebut kita akan biarkan bunga itu terus
mekar tanpa layu kerana kita cintakan bunga itu. kita tidak mahu bunga itu mati
bila kita memetiknya. Biarlah ia terus mekar di tempatnya.
Perbezaan Suka, Sayang & Cinta
·
SUKA bila kita melihatnya, kita akan berkata “dia sangat
cantik dan menawan.”
·
SAYANG bila kita melihatnya, kita akan melihat dari hati
dan bukan dari mata.
·
CINTA bila kita melihatnya, kita akan berkata “buatku dia
adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
·
Pada saat kita disakiti
oleh orang yang kita SUKAI, kita
akan marah dan tak mahu lagi bicara dengan dia.
·
Pada saat kita disakiti
oleh orang yang kita SAYANGI, kita
akan menangis untuknya.
·
Pada saat kita disakiti
oleh orang yang kita CINTAI, kita
akan berkata “tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”
·
Pada saat kita SUKA kepadanya kita akan MEMAKSANYA
untuk menyukai kita juga.
·
Pada saat kita SAYANG kepadanya kita akan MEMBIARKANNYA
untuk MEMILIH.
·
Pada saat kita CINTA kepadannya kita akan selalu
MENANTINYA dengan setia dan sangat tulus.
·
SUKA adalah bila kita menemaninya bila itu dirasakan amat
menguntungkan.
·
SAYANG adalah bila kita menemaninya pada saat dia amat
memerlukan.
·
CINTA adalah bila kita akan menemaninya walau di saat
bagaimanapun keadaan kita.
·
SUKA adalah yang menuntut.
·
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
·
CINTA adalah hal yang memberi dengan sepenuh rela.
No comments:
Post a Comment