Thursday, 25 December 2014

KPOP

KPOP ......... tidak asing lagi di kalangan gadis-gadis Melayu. Sebut sahaja pasal KPOP mesti muncul dalam kepala korang jejaka-jejaka dan gadis-gadis Korea yang tampan lagi comel menari sambil menyanyi atas pentas. Ye dop ??

KPOP juga sekarang tidak asing lagi dalam kalangan lelaki-lelaki Melayu. lelaki melayu juga ramai yang dah minat KPOP. Ada sesetengahnya mengatakan KPOP is KPOOP. nak marah ni nak marah. tak baik hokeyyy !!

memang tidak dinafikan KPOP sebenarnya tak elok diikuti oleh umat Islam. Tetapi sekadar hiburan dan tidak berlebihan, bagi aku tidak mengapa. Tidak perlu terlalu obses dengan dunia KPOP.

Banyak juga cerita sebenarnya yang aku dengar pasal KPOP. KPOP tu ada kaitan dengan dajal la freemason la apa laa. Yang pasal benda-benda ni aku no comment. Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin juga betul, mungkin juga bohong. BETUL ke BOHONG ?? Tak mengkaji dengan lebih mendalam lagi. maaf ye.

Aku pun ada jugak sejarah KPOP dalam diri.hehe Tapi tu zaman dulu-dulu laa. Semuanya bermula bila cousin aku bagi aku tengok video TVXQ lagu PURPLE LINE masa aku form 3. haa! see. aku ingat lagi kot. Nampak tak betapa fanatiknya aku dulu. Eventhough dah 7 tahun berlalu tapi still ingat.

TVXQ atau nama lain yang dorang pakai, DBSK sebuah group yang terdiri daripada 5 jejaka tampan yang paling femes dalam dunia KPOP. Time tu la. Tapi sayang dorang dah berpecah. Yang tinggal 2 orang je lam group DBSK yang lain buat group baru JYJ. Lepas dorang berpecah entah kenapa aku dah jadi tawar hati nak support. Pastu aku stop minat KPOP.

this is DBSK. tampan kann.. 


Masuk je matrik, terjumpa lah plak aku dengan rommate yang obses dengan KPOP. Mula-mula aku buat tak layan je bila dia tengok KPOP. Tapi lama-lama terasa nak tengok jugak. Disebabkan selalu nampak dia tengok group BEAST, aku pun jadi terminat and terfollow lah group ni. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan. Cenggitu lah yang jadi kat aku. Aku jadi obses teruk dari dia lagi doe.haha

ni lah BEAST. cute dop ? ngehehe


Pastu muncul plak group EXO. Adik aku tunjuk kat aku video GROWL. Aku buat tak tau jer. Ye lah, group baru kot. Aku ni tak minat group yang baru tumbuh ni. Bila aku tengok lama-lama, macam best jugak group ni. Start dari tu lah aku jadi fangirl EXO plak.haha Tengah duk gilerkan group ni, tetiba Kris keluar group. OH TIDAK ! Sejarah kembali berulang.

siapa tak kenal group ni memang sah anti-KPOP


Lepas aku masuk kolej, terjumpa la plak dengan rommate yang obses dengan lagu MELAYU. aha ! KPOP vs MPOP. Ce teka siapa yang win ? 2 lawan 1 doe. Aku sorang lawan 2 lagi yang fanatik lagu melayu. Memang arr aku yang kecundang. Dorang pengaruh aku yang JARANG GILER dengar lagu melayu jadi pendengar setia lagu melayu. Aku sekarang ni dah hari-hari duk melayan lagu melayu.

Yang paling aku suka lagu Mark Adam. Boleh dikatakan hampir semua lagu dia aku suka. Oh ! Sweet suaranya sesweet rupanya. Ihiks

Oh Mark Adam ...


Thinker_Bel : "KPOP raised your standards soooo high, you'll be forever alone."


 

Monday, 22 December 2014

KECANTIKAN SEBUAH SENYUMAN





Senyuman ibarat satu pemandangan indah. Senyuman yang berseri mampu menarik orang lain mendekati dan merasai apa yang ada dalam diri seseorang.

Orang yang mengukir senyuman manis memancarkan kebaikan yang wujud dalam dirinya. Orang yang menerima senyuman itu pula dapat merasakan sinaran kebaikan, persahabatan, kejujuran, rasa hormat, kesabaran, dan kawalan diri yang tinggi dalam diri orang yang melemparkan senyuman.

Senyuman itu dianggap manis bila ia dilemparkan dengan perasaan terbuka dan gembira. Orang yang mengukir senyuman itu pula secara sukarela mengalirkan perasaan ceria dan gembiranya kepada orang lain melalui senyumannya itu.




Mengapa Susah Senyum ?



Sememangnya ada individu yang dilahirkan dengan wajah yang murah dengan senyuman. Senyuman itu terukir tanpa disedarinya. Tapi ada juga yang sebaliknya.

Mereka sebenarnya bukan individu yang susah senyum tapi mereka tak tahu bila masanya fikiran bawah sedar mereka patut memprogramkan perbuatan senyum itu. Orang jenis susah senyum ni sebenarnya tak tahu macam mana caranya nak menampilkan apa yang dirasainya kepada orang lain. Dia hanya memendam perasaannya itu dalam hati.

Kita mungkin mahu berkenalan dengan seseorang tetapi tidak mampu memberikan ‘tanda’ yang kita minat berkenalan. Kita mungkin jatuh cinta dengan seseorang tetapi cuba menyembunyikannya. Mengapa mesti kita sembunyikan apa yang kita rasa? Tampilkanlah di wajah. Senyumlah.


Tak Rasa Nak Senyum ?

1.       Paksa diri untuk senyum



2.       Sentiasa berusaha memperbetulkan ketetapan minda


Thinker_Bel : “Tindakan yang bakal dilakukan oleh seseorang biasanya lahir daripada perasaannya terlebih dahulu.”



Sunday, 21 December 2014

CINTA


Cinta…. datangnya tak dijemput perginya tak diduga. Bagi kebanyakkan orang cinta itu datangnya dari hati atau perasaan yang sukar diungkapkan dengan lisan. Mulut boleh berkata sayang tapi hati mengatakan benci. Ada juga yang mulut berkata benci tapi hati menyatakan sayang. Cinta itu fitrah yang telah diberikan Allah s.w.t kepada manusia. Sebagai manusia kita tidak boleh menolak cinta tapi haruslah di luahkan dengan mengikut syarak Islam yang betul. Cinta itu indah jika disalurkan dengan kaedah yang betul. Namun akan menjadi derita bila tersalah langkah. Kata orang dari mata turun ke hati. Dari situ terbit satu perasaan yang ditiup oleh Allah s.w.t di hati manusia untuk menyukai, menyayangi dan mencintai.

Tidak semua orang tahu membezakan antara suka, sayang dan cinta. Sebagai contoh, kita melihat satu kuntum bunga ros yang mekar cantik dan kita terus memetik bunga tersebut. Itu adalah kerana kita sukakan bunga itu. Tetapi jika kita sayangkan bunga tersebut kita akan biarkan bunga itu terus mekar tanpa layu kerana kita cintakan bunga itu. kita tidak mahu bunga itu mati bila kita memetiknya. Biarlah ia terus mekar di tempatnya.




Perbezaan Suka, Sayang & Cinta


·         SUKA bila kita melihatnya, kita akan berkata “dia sangat cantik dan menawan.”
·         SAYANG bila kita melihatnya, kita akan melihat dari hati dan bukan dari mata.
·         CINTA bila kita melihatnya, kita akan berkata “buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”

·         Pada saat kita disakiti oleh orang yang kita SUKAI, kita akan marah dan tak mahu lagi bicara dengan dia.
·         Pada saat kita disakiti oleh orang yang kita SAYANGI, kita akan menangis untuknya.
·         Pada saat kita disakiti oleh orang yang kita CINTAI, kita akan berkata “tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

·         Pada saat kita SUKA kepadanya kita akan MEMAKSANYA untuk menyukai kita juga.
·         Pada saat kita SAYANG kepadanya kita akan MEMBIARKANNYA untuk MEMILIH.
·         Pada saat kita CINTA kepadannya kita akan selalu MENANTINYA dengan setia dan sangat tulus.

·         SUKA adalah bila kita menemaninya bila itu dirasakan amat menguntungkan.
·         SAYANG adalah bila kita menemaninya pada saat dia amat memerlukan.
·         CINTA adalah bila kita akan menemaninya walau di saat bagaimanapun keadaan kita.

·         SUKA adalah yang menuntut.
·         SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
·         CINTA adalah hal yang memberi dengan sepenuh rela.






Thinker_Bel : "There is never a time or place for true love. It happen accidentally, in a hearbeat, in a single flashing, throbbing moment."

ENAM LANGKAH MEMBUATKAN ORANG LAIN BERMINAT KEPADA KITA


How To Win Friends And Win Others tulisan Dale Carnegie adalah buku yang terkenal dalam memberikan langkah-langkah yang tepat bagi menjalinkan perhubungan sosial yang baik.


1.       Bina rasa minat yang tulen bagi mengenali orang lain

Bagaimana cara nak bina rasa minat tu ? jawapannya bergantung pada diri kita sendiri. Jika kita faham sebab utama kita perlu memiliki kecantikan dan ketampanan sosial, maka kita akan faham bagaimana nak bina minat kepda orang lain.

2.       Senyum

Pernah tak kita melihat wajah kita di hadapan cermin dan rasa wajah kita tak secantik dan setampan yang kita bayangkan ? sekarang cuba try senyum. Macammana ? membantu tak mencantikkan wajah kita ?
Bayangkan kita sedang duduk dalam sebuah majlis apabila seorang lelaki menghampiri kita sambil tersenyum. Bayangkan pula dia menghampiri kita dengan wajah selamba tanpa tersenyum. Beza kan ?
Senyuman adalah modal yang murah bagi mengenali orang lain. Senyuman juga mudah menarik orang supaya berkenalan dengan kita. Gunakanlah senyuman yang bersesuaian setiap kali kita bertemu dengan sesiapa sahaja. Hiasilah wajah kita dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.

3.       Dendangkan muzik yang merdu

Apakah muzik yang paling merdu bagi semua orang di dunia ini ? Ya, jawapannya adalah nama kita sendiri. Memanggil orang dengan nama mereka sendiri adalah faktor yang membantu dalam memancarkan kecantikan dan ketampanan sosial kita. Ia ibarat kita mendendangkan mereka dengan muzik yang merdu sepanjang hidup mereka.
Bayangkan betapa gembiranya individu yang sudah lama tidak kita temui dan bila kita panggil mereka dengan nama mereka sendiri. Apatah lagi sekiranya mereka sudah lupa nama kita, sedangkan kita masih lagi mengingati nama mereka. Mereka pasti melihat kita seorang yang memiliki kacantikan dan ketampanan sosial.
Mengapa ? kerana kita mengingati muzik yang merdu bagi mereka.

4.       Jadilah pendengar yang baik

Mendengar adalah perkara mudah yang sukar dilakukan. Ini kerana ramai orang cenderung bercakap mengenai diri mereka sendiri berbanding mendengar orang lain bercakap mengenai diri mereka.
Mendengar secara efektif hanya berlaku apabila ia disertai dengan rasa empati. Ia juga menjadi lebih menarik apabila orang yang mendengar dapat menggalakkan orang yang berbicara supaya bercakap mengenai diri mereka. Secara tidak langsung proses mendengar itu memberikan gambaran kepada orang yang sedang berbicara yang kita benar-benar menghargai apa sahaja yang ada pada dirinya.

5.       Bercakap mengikut minat orang lain

Semua orang yang ingin memiliki kecantikan dan ketampanan sosial perlu sedar yang kita perlu melayan orang lain mengikut minat orang itu sendiri dan bercakap mengikut minat mereka juga. Sekiranya kita dapat melakukannya kita lebih berjaya dalm perhubungan.

6.       Buatkan orang lain rasa dirinya penting

Apabila kita mampu membuatkan orang lain berasa dirinya penting, maka kita mudah menawan hati mereka.

Secara logiknya individu yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial perlu menunjukkan kepada orang lain betapa pentingnya diri mereka. Tetapi jika sebaliknya, jadikanlah orang yang berbual dengan kita berasa yang dia penting kepada kita. Dengan itu dia akan suka dan rasa kagum kepada kita.

Saturday, 20 December 2014

TIPS MENAMPILKAN PERIBADI YANG HEBAT DENGAN WARNA


Jangan gunakan lebih daripada 3 warna setiap kali kita memilih pakaian untuk dipakai.
Sekiranya kita..


1.       PEMALU
·         Selitkan warna merah dalam gandingan warna pakaian
·         Contoh : lelaki – tali leher merah + baju krim
  Perempuan – blaus merah + kain @ gaun gelap


2.       AGRESIF
·         Gunakan warna biru gelap, coklat lembut ataupun kelabu cerah dalam pakaian utama yang dikenakan.
·         Contoh : kemeja


3.       BERTUBUH BESAR
·         Gunakan warna biru gelap, coklat muda ataupun kelabu.


4.       BERTUBUH KECIL
·         Gunakan pakaian yang bercorak alam dengan bunga yang besar.
·         Warna bunga biarlah cerah dan terang.


5.       MAHU KELIHATAN DRAMATIK
·         Kombinasi warna yang kontras.
·         Contoh : hijau muda + ungu
 Merah + putih
 Biru gelap + keemasan
 Kelabu + oren


Friday, 19 December 2014

WARNA-WARNA ASAS DALAM BERPAKAIAN

Entry semalam bell bagitau tentang psikologi warna dalam kehidupan op. Hari ni bell nak kongsi tentang fungsi-fungsi warna dalam berpakaian.



MERAH


Panas, berbahaya, marah, bertenaga, ghairah, sentimental, agresif dan bersemangat.

Pakaian warna ni biasanya sesuai kita pakai bila kita ingin menampilkan diri dalam sesuatu masa atau tempat. Warna ni sesuai kalau nak pergi majlis atau tempat supaya kita dapat dikenali dengan mudah. BUT PLEASE ! Jangan pakai time kita dalam keadaan murung atau penat. Sebabnya ia warna ni memberikan kesan negative dalam perhubungan.

PINK


Feminine, mudah didekati, sentimental, mudah tersinggung dan lemah lembut.

Pink adalah warna perempuan dan lebih sesuai dipakai oleh perempuan. Namun tak semestinya lelaki tidak boleh memakai warna ini. Seelok-eloknya lelaki yang berkulit cerah dan berperwatakan menarik yang memakai warna ini kerana ia memberi imej yang positif kepada gadis yang melihatnya.
 

KUNING


Cerah, gembira, ceria, mesra, aman, pengecut dan licik.

Warna ini biasanya dikenakan oleh orang yang ingin tampil imej ceria, gembira dan jenaka dalam perhubungan sosial. Orang yang mengenakan warna ini biasanya dilihat sebagai orang yang kreatif, optimis dan berani mencuba.


BIRU MUDA @ BIRU LAUT


Tenang, aman, menyegarkan, tenteram, sentosa, jujur, formal, bertenaga, estim tinggi, sedih dan kecewa.

Pakaian warna ini sesuai dikenakan oleh setiap peringkat umur. Bagi perempuan yang berkulit cerah, warna biru padan bagi membangkitkan seri wajah dan tubuh bila digandingkan dengan warna sampingan lain yang sesuai. Bagi lelaki pula, warna biru adalah warna kematangan. Orang yang mengenakan pakaian berwarna biru dilihat lebih tampan dan mesra.

BIRU TUA


Bangga, kuasa, kekayaan, logik, neutral, estim tinggi, status tinggi, teratur dan bijaksana.

Biru tua sesuai untuk setiap warna kulit. Warna jenis ini dapat memnberikan persepsi baik kepada mata yang melihat. Pakaian berwarna biru adalah yang paling sesuai pada setiap tempat dan keadaan.

KELABU


Neutral, sederhana, hormat, seni , teliti, tua, sedih dan suram.

Pakaian warna ini adalah paling sukar disesuaikan kerana ia memberikan mesej yang terlalu kontras. Individu yang hendak mengenakan pakaian berwarna ini perlu peka dengan corak, rekaan dan kecerahan warna. Pemilihan corak dan rekaan yang sesuai memberikan imej yang positif. Tetapi jika sebaliknya, maka ia akan memberikan imej sedih, suram dan tidak bersemangat.

OREN

Hidup, ceria, gembira, mesra, bersemangat, prihatin dan tidak berdisiplin.

Oren adalah warna keceriaan. Warna ini sesuai untuk setiap jenis warna kulit. Ia mengambarkan si pemakai sebagai orang yang mudah mesra dan prihatin. Tidak kira lelaki atau perempuan, elakkan daripada mengenakan warna ini dari kepala sehingga kaki. Bila pakai warna ni, seimbangkan dengan warna yang bersifat lembut.

HIJAU


Ketenangan, kesegaran, mesra, seimbang, cemburu dan ketidakmatangan.

Warna hijau yang lembut macam hijau pucuk pisang sesuai dipakai oleh semua orang tidak kira warna kulit especially lelaki. Orang yang memakai warna hijau lembut dapat memberi mesej tidak formal dan mesra. Namun, kesan yang berbeza bagi warna hijau terang ataupun hijau gelap. Orang yang memakainya kadangkala dilihat sebagai individu yang malas dan membosankan.

UNGU


Kaya, dominan, dramatik, misteri, bijaksana, bersemangat dan berkuasa

Warna ungu yang sederhana dan gelap lebih sesuai bagi permepuan tanpa memadankannya dengan biru gelap ataupun kelabu. Manakala bagi lelaki, warna ungu kurang sesuai dijadikan warna pakaian kecuali dalam kuantiti yang sedikit. Warna ungu yang gelap ataupun cerah lebih efektif bila digandingkan sebagai tali leher bagi baju yang berwarna putih.

COKLAT


Kemahuan tinggi, produktif, beriman, sedih, mengambil berat, tidak canggih dan kelam.

Warna coklat sama ada coklat muda araupun gelap lebih sesuai bagi aksesori tambahan. Walau bagaimanapun, kita boleh memakai pakaian berwarna coklat bila ia adalah coklat lembut. Elakkan daripada memilih pakaian yang berwarna coklat dari kepala sehingga kaki. Pastikan penggunaan warna coklat adalah minimum bagi penampilan professional.

HITAM


Kuat, berkuasa, bijaksana, ketinggian halus, moden, misteri, tragik, serius, sedih, tua, jahat dan suram.

Warna hitam sesuai bagi pakaian formal. Elakkan memakai pakaian yang berwarna hitam dari kepala sehingga kaki kerana ia memberikan imej buruk kepada si pemakai. Bagi lelaki, warna hitam cukup sesuai bagi seluar, kot dan blazer terutamanya dalam perhubungan professional. Bagi perempuan pula, pakaian berwarna hitam sesuai dikenakan bila kita ingin menampilkan kekuasaannya.

PUTIH & KRIM


Muda, jujur, setia, suci, aman, bersih, teliti dan prihatin.

Pakaian warna putih dank rim sesuai digandingkan dengan warna lain. Ia akan memberikan imej neutral dan baik kepada mereka yang melihat. Namun, elakkan memakai warna putih yang kosong dalm perhubungan yang bersifat professional. Warna krim lebih sesuai kerana ia dapat mengurut mata dan emosi mereka yang memandang.


Thinker_Bel : “Personaliti yang baik bermakna bila ia mampu menjadi alat bantu bagi memudahkan jalinan perhubungan sosial dengan orang lain.”





Wednesday, 17 December 2014

PSIKOLOGI WARNA

Semua orang mudah terpesona dengan warna.
Warna menceriakan kehidupan seseorang. 
Tanpa warna hidup tak seindah biasa.

Ewahhh. Bermadah pujangga pepagi.hehe

Korang pernahkan.. tertarik dengan seseorang disebabkan cara pengayaan warna pakaian dorang nampak menarik.

Biasanya orang yang berpakaian menarik ni nampak lagi cantik dan tampan daripada diri mereka yang sebenar. Dorang akan lebih mudah menjalinkan perhubungan sosial berbanding individu yang buta warna dalam berpakaian.

Warna juga memberikan kesan pada emosi, mood dan sikap seseorang dalam banyak cara. Pemilihan warna yang betul, sesuai dan tepat memberikan kesan yang positif kepada emosi, mood dan sikap orang yang melihat.


Untuk memiliki kecantikan dan ketampanan sosial dalam penampilan peribadi, memahami dan menguasai psikologi warna penting supaya kita dapat tampil  mempesona dan mengubah emosi orang lain dengan warna pakaian yang sesuai dan menarik. 


Deja Vu

“Eh, macam kenal..”

“Eh, macam pernah jumpa..”

“Eh, macam pernah datang sini..”

“Eh, macam pernah alami situasi ni..”

 ‘Tapi kat mana ya ?’

Pernah tak terdetik dalam hati ??

Pernah dengar perkataan DEJAVU ? kata pakcik Wiki, dejavu asalnya daripada perkataan Perancis yang bermaksud harfiah (already seen) iaitu fenomena bila mana sesuatu situasi atau pengalaman yang dialami sekarang pernah dialami dahulu sama ada situasi itu sebenarnya berlaku atau tidak.

Menurut Syeikh Hisham Kabbani, seorang sufi Islam, dejavu terjadi kerana jasad fizikal kita mempunyai hubungan yang sangat erat dengan spiritual yang sudah tertulis di luh mahfuz.

Pendapat Prof. Ahmad Syauqi menyatakan ketika kita sedang tidur roh kita akan keluar daripada tubuh dan menuju ke alam roh tidak kira masa silam ataupun masa hadapan tetapi masih berhubungan dengan tubuh badan kita.

Saat roh kembali ke dalam tubuh, pengalaman yang dialami oleh roh pada masa silam atau masa hadapan secara tidak langsung akan tersimpan di dalam minda. Pengalaman tersebut kadang-kadang akan berulang dalam dunia nyata dan mempengaruhi minda sedar.

Tidak mustahil juga dejavu terjadi kerana Allah telah menceritakan imbasan perjalanan hidup kita di alam rahim. Tetapi apa yang kita ingati mungkin cuma sedikit sahaja daripada yang disampaikan oleh Allah kepada roh kita.

Seorang ustaz pernah menceritakan sebelum kita hidup roh memang sudah ada dan berkumpul di satu tempat iaitu alam roh. Mungkin di alam roh kita pernah berkomunikasi dengan roh-roh yang lain, oleh itu wajarlah jika kita secara tiba-tiba merasakan bahawa kita pernah berjumpa seseorang sebelum ini tetapi tidak tahu bila dan di mana.




Thinker_Bel : Dejavu is the mind's way of letting you know that you are in the right place at the right time.






Tuesday, 16 December 2014

CANTIK ? TAMPAN ? PERLU KE ?


Cantik ? Apa itu cantik ?

 Cantik mengikut kamus dewan ialah sesuatu yang menarik apabila dipandang.

Cantik boleh didefinisikan sebagai kualiti yang mampu mewujudkan rasa kagum kepada orang yang melihatnya serta-merta.

Kekaguman itu pula wujud dengan sendirinya tanpa mengira objek ataupun idea yang dikaitkan dengannya.

Cantik juga ialah fenomena apabila seseorang merasai pengalaman kesenangan melalui persepsi yang melibatkan bentuk dan struktur seimbang yang mendatangkan tarikan pada individu, haiwan, benda bukan hidup, tempat, idea dan sebagainya.

Cantik adalah subjektif untuk dikaitkan dengan unsur ataupun kualiti. Pengertian cantik bagi manusia kekal subjektif bergantung pada persepsi individu mengikut masa, tempat dan budaya.

Kebiasaannya kita menganggap kecantikan manusia bersifat fizikal. Lantaran itu, orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal dianggap bertuah dan dipandang tinggi. Sejak dari dahulu lagi pandangan seumpama ini bertapak kukuh dalam minda masyarakat dunia. Namun percayalah, hari ini idea mengenai kecantikan dan ketampanan yang hanya bersandarkan kepada faktor fizikal tidak lagi menjadi sandaran utama. Paradigma masyarakat sudah berubah. Kecantikan dan ketampanan fizikal bukan lagi sandaran utama bagi menilai cantik ataupun tampan individu.
Cantik ataupun tampan mengikut penilaian sosial tak lagi bersandarkan frasa ‘Beauty lies in the eye of the beholder.’

Dalam erti kata lain, cantik daripada segi sosial bukan sahaja dinilai oleh mata sebaliknya ia juga dinilai oleh hati. Individu yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal mungkin dapat memukau mata tetapi belum tentu dapat memukau hati.

Apa yang dapat kita perhatikan, individu yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal semata-mata tidak semestinya berjaya. Berbeza dengan mereka yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial, mereka lebih dihargai.

Individu yang mempunyai kebijaksanaan emosi, kemahiran berbual, kemahiran bersosial dan kecantikan dalaman lebih mudah didampingi dan diterima masyarakat berbanding mereka yang sekadar cantik dan tampan fizikal sahaja.


Thinker_Bell : individu yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal mungkin dapat memukau mata, tetapi belum tentu dapat memukau hati.


Saturday, 13 December 2014

NewBie Spotted

Ohayo !
Selamat pagi !
Good morning !
Anyeonghaseyo !

Start your day with a positive attitude, positive mind, healthy food and good attire...

POSITIVE ! POSITIVE ! POSITIVE !

Jangan biarkan diri anda diselubungi aura negative...kekeke

Pagi-pagi dah melalut.. Sila tadah mata ya baca entry ambe yang seterusnya..
See you in next post.. peace yo