Wednesday, 25 February 2015

Kakak Fasilitator

Salam semua

Dah lama tak update blog. Hari ni tetiba rasa gian nak berblogging balik.. rindu cik bel tak ?? haha

Aku nak kongsi pengalaman aku sebagai fasilitator. Aku dah lama dah nak jadi kakak fasi nieh. Alih-alih baru-baru ni member aku ajak aku jadi fasi sebab ada satu tempat kosong. Aku tak berapa nak sebenarnya sebab satu je tempat kosong. Awkward la aku nanti dengan fasi-fasi lain. Tapi bila roommate aku cakap ‘pergi je la kak’. Aku pun apa lagi, grab terus laa. Bak kata pujangga, peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup, kalau dah tolak susah peluang nak datang lagi. Ye dop?

Member aku cakap akan ada 2 hari untuk khusus dan 3 hari untuk orientasi junior. Okay cun. Dalam kepala aku khusus tu macam dengar ceramah. Tu je la yang aku fikir. Alih-alih time khusus aku kena buat apa yang akan junior-junior nanti buat. Oh shit! Takkan aku kena orientasi balik kot. Yang kena menari, menyanyi, pastu kena buat group, cheer song and whatsoever lah tu. Memang aku kena diorientasikan balik. Hadoiii… Nak tak nak, aku kena hadap jugak lah. Takkan nak lari balik rumah kot. Nak sangat kan jadi fasililtator. Padan muka hang. Awkward derr mula-mula sebab tak kenal mamat dengan minah fasi yang lain. Yang aku kenal pun 1/3 jer. Tu pun dorang macam aku. Senyap, kaku. First time la katakan.

adik-kakak sahaja okayy

Start junior masuk jer perasaan jadi senior tu lain. Rasa excited babe. Sape2 yang jadi senior ni mesti faham kan lagi2 kalau senior lelaki. Syok ar boleh ngorat junior perempuan kan. Gatal bebenor yer. Aku kongsi gambar je lah yer kat korang. Kakak dengan abang fasilitator korang kaki selfie. Sila tadah mata hokayy..

abang and kakak fasi tengah excited sebab adik-adik junior dah masuk


kami kakak fasi. weeee

bila nak habis.. dah pukul berapa dah niee? stresss! 

adik-adik junior tengah sibuk berlatih malam kebudayaan, abang and kakak fasi sibuk wefie yerrr

senior and junior bergabung meletop


nampak tak muka fasi mengantuk ?? 

bakor ikan lah kome.. kito bakor kito bakor


Korang yang junior semua ingat kakak dengan abang fasi korang ni sesenang hati dorang jer nak buat apa eh. Banyak lahh. Semua program korang dah ada dalam modul and dorang semua dah kena lalui sebelum korang lagi. Sepenat-penat korang, penat lagi kakak dengan abang fasi korang hokay. Korang lepas habis program satu hari, korang balik bilik terus tido. Kakak dengan abang fasi korang tak. Dorang ada post mortem pulak lepas tu. Kadang post mortem sampai 2, 3 jam. Mana nak cukup tido adik-adik junior oiii..

Sekarang baru aku faham kepenatan yang dirasakan oleh fasilitator bila junior tak bagi kerjasama. Kesimpulannya, walaupun korang tak tahu apa yang terjadi tetapi bagilah kerjasama untuk apa saja nanti. Kalau korang tak puas hati, silalah bertanya.


Thinker_Bel : You cannot create experience. You must undergo it.




No comments:

Post a Comment