Thursday, 20 August 2015

Madah Cinta

Cinta itu milik Yang Maha Esa.
Jika hadirnya cinta di dalam hati, 
tidak mampu ku halang tidak mampu ku elak tidak mampu ku tolak. 
Ku hanya mampu pasrah. 
Membiarkan hati dikuasai cinta. 
Tetapi jangan biarkan cinta itu dikuasai oleh nafsu. 
Nafsu mampu merosakkan diri mampu menyesatkan fikiran mampu menjauhkan hati dari-Nya.



Thursday, 6 August 2015

THROWBACK

Hari ni terasa rindu kat member jadi nak buat throwback sikit. Korang yang tak kenal lagi member aku boleh la kenal. Member-member aku yang ni boleh dikatakan pemecah sifat pemalu aku. eceh pemalu ke ? hehe Perangai pelik-pelik dorang memang dah berjangkit dengan aku. Hampir menenggelamkan diri aku yang dulu. Hampir ya hampir. Lepak dengan dorang memang tak sah kalau tak gelak setiap saat.
Selfie sepukul 



Ni time kitorang atas kereta on the way nak pi kenduri abang member. Da orang ajak, kene la pegi kan. Kitorang memang hantu selfie. Tak tahu kenapa asal duduk atas kereta je mesti selfie. Keluar dari kereta takde lah pulak nak selfie bagai.


Bila muka disimbahi 'nur' lampu.haha Ni semua muka-muka tak tahu malu. Pengantin tengok je pelamin dorang kene rampas. Kitorang tak rampas hakak, habang punya, pinjam kejab je .



Acah-acah sweet. Sweet ke idok ? ahaha


Thinker_Bel : "There are some people in life that make you laugh a little louder, smile a little bigger and live just a little bit better."

Monday, 2 March 2015

Gegey festival

Gegey festival berlangsung di Dewan Balai Islam Kota Bharu Kelantan pada 27 dan 28 Februari 2015 lepas. 
Bila tau je ada carnival jualan online ni, ape lagi.. jadi tak tenteram laa. NAK PERGI OIIII !!! lagi tak tenteram bila member2 yang selalu keluar sesama dah pergi kolej masing-masing. AAAAAAHHH !! TIDAKKKK !! Takkan nak pergi sensorang kot ? kalau tetiba rambang mata tak tahu nak pilih yang mana tak ke jadi lonely. Kalau ada member boleh jugak tanya pendapat diorang kan.


Fikir punya fikir, takpe kot pergi sorang ke pergi reramai ke, asal pergi. yedop. Time tu jugak la ada sorang member yang nak ikut sekali. Oh sahabatt...

 pening boh nak pilih yang mana

Oh Ameera Zaini. Wajahmu secantik namamu. eceh
p.s : Ameera Zaini comel sangat..

Thinker_Bel : "Fashion can be bought, style one must possess."

So long dude !

Dude.. gonna miss you..

Duduk tempat orang pandai-pandailah bawak diri yer. Nanti balik jangan lupa ole-ole kangaroo satu dengan mat saleh hensem satu.. hahaha

Abah selalu cakap nak hantar anak-anak dia belajar oversea. Rezeki kau adik dapat sambung oversea dulu. Aku tumpang gembira bro.

Don’t ever forget us kay.. selalu lah contact kami kat sini ehh.. ada peluang nak balik malaysia, balik ! jangan tak balik. Nanti aku pi Aussie tu aku ketuk kepala hang.. dah duk sana jangan rasa diri tu mat saleh, kau tu melayu..

p.s : tangkap mat salleh kat kakakmu ni satu

Seriously i'm gonna miss you bro.. love&hug





Tinker_Bel : "A friend loveth at all times, and a brother is born for adversity."

Wednesday, 25 February 2015

Kakak Fasilitator

Salam semua

Dah lama tak update blog. Hari ni tetiba rasa gian nak berblogging balik.. rindu cik bel tak ?? haha

Aku nak kongsi pengalaman aku sebagai fasilitator. Aku dah lama dah nak jadi kakak fasi nieh. Alih-alih baru-baru ni member aku ajak aku jadi fasi sebab ada satu tempat kosong. Aku tak berapa nak sebenarnya sebab satu je tempat kosong. Awkward la aku nanti dengan fasi-fasi lain. Tapi bila roommate aku cakap ‘pergi je la kak’. Aku pun apa lagi, grab terus laa. Bak kata pujangga, peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup, kalau dah tolak susah peluang nak datang lagi. Ye dop?

Member aku cakap akan ada 2 hari untuk khusus dan 3 hari untuk orientasi junior. Okay cun. Dalam kepala aku khusus tu macam dengar ceramah. Tu je la yang aku fikir. Alih-alih time khusus aku kena buat apa yang akan junior-junior nanti buat. Oh shit! Takkan aku kena orientasi balik kot. Yang kena menari, menyanyi, pastu kena buat group, cheer song and whatsoever lah tu. Memang aku kena diorientasikan balik. Hadoiii… Nak tak nak, aku kena hadap jugak lah. Takkan nak lari balik rumah kot. Nak sangat kan jadi fasililtator. Padan muka hang. Awkward derr mula-mula sebab tak kenal mamat dengan minah fasi yang lain. Yang aku kenal pun 1/3 jer. Tu pun dorang macam aku. Senyap, kaku. First time la katakan.

adik-kakak sahaja okayy

Start junior masuk jer perasaan jadi senior tu lain. Rasa excited babe. Sape2 yang jadi senior ni mesti faham kan lagi2 kalau senior lelaki. Syok ar boleh ngorat junior perempuan kan. Gatal bebenor yer. Aku kongsi gambar je lah yer kat korang. Kakak dengan abang fasilitator korang kaki selfie. Sila tadah mata hokayy..

abang and kakak fasi tengah excited sebab adik-adik junior dah masuk


kami kakak fasi. weeee

bila nak habis.. dah pukul berapa dah niee? stresss! 

adik-adik junior tengah sibuk berlatih malam kebudayaan, abang and kakak fasi sibuk wefie yerrr

senior and junior bergabung meletop


nampak tak muka fasi mengantuk ?? 

bakor ikan lah kome.. kito bakor kito bakor


Korang yang junior semua ingat kakak dengan abang fasi korang ni sesenang hati dorang jer nak buat apa eh. Banyak lahh. Semua program korang dah ada dalam modul and dorang semua dah kena lalui sebelum korang lagi. Sepenat-penat korang, penat lagi kakak dengan abang fasi korang hokay. Korang lepas habis program satu hari, korang balik bilik terus tido. Kakak dengan abang fasi korang tak. Dorang ada post mortem pulak lepas tu. Kadang post mortem sampai 2, 3 jam. Mana nak cukup tido adik-adik junior oiii..

Sekarang baru aku faham kepenatan yang dirasakan oleh fasilitator bila junior tak bagi kerjasama. Kesimpulannya, walaupun korang tak tahu apa yang terjadi tetapi bagilah kerjasama untuk apa saja nanti. Kalau korang tak puas hati, silalah bertanya.


Thinker_Bel : You cannot create experience. You must undergo it.